Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Program Malindo MyAngkasa

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa ANGKASA melalui anak syarikatnya MyAngkasa Services Sdn Bhd telah memeterai satu Perjanjian Persefahaman dengan syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn. Bhd.  Menerusi kolaborasi tersebut, anggota Koperasi kini berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan Malindo melalui tawaran harga istimewa yang ditawarkan menerusi laman web www.malindoair.com.  Ia adalah esklusif dan hanya terbuka  kepada anggota koperasi di bawah naungan ANGKASA.

Koperasi juga turut diberi peluang menjana pendapatan tambahan menerusi jualan tiket Malindo MyAngkasa dengan mendaftar sebagai agen jualan menerusi MyAngkasa Services Sdn Bhd.  Mereka akan diberikan kod dan kata laluan untuk memudahcara penempahan tiket secara dalam talian dan mendapat keistimewaan potongan harga sama seperti agensi tiket yang lain.

Kerjasama korporat MALINDO MYANGKASA dijangka memberi satu lagi nilai tambah kepada perniagaan koperasi khususnya penglibatan secara tidak langsung dalam aktiviti pelancongan di dalam dan di luar Negara yang dilihat semakin berpotensi dan berdaya maju.

Anggota koperasi yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan hanya perlu menaip nama Koperasi masing-masing di portal rasmi Malindo MyAngkasa dan membuat tempahan secara langsung.  Koperasi juga boleh membuat penempahan berkelompok dengan hanya menghubungi MyAngkasa Services Sdn Bhd untuk mendapatkan kadar harga purata yang lebih menarik.  Pelbagai ganjaran tambahan juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa seperti Jualan Mega sempena menyambut Hari Koperasi Negara, cuti sekolah dan lain-lain perayaan yang diiktiraf.

Sokongan dan keprihatinan anda semua terhadap usaha membina kelestarian koperasi menerusi usaha-usaha murni seperti ini sangat dihargai, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha yang dijalankan oleh kedua belah pihak demi memartabatkan gerakan koperasi di Malaysia. 

Untuk sebarang pertanyaan atau cadangan berkenaan program ini, sila emelkan kepada info@myangkasa.com atau hubungi  03-78846788.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

DATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH
Presiden ANGKASA